Ciawi city
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» apa sich Ciawi City itu???
Kisah Siti Fatimah r.a EmptySat Jan 12, 2013 3:35 pm by dir.ga

» Kumpulan Photo kopdar
Kisah Siti Fatimah r.a EmptyThu Sep 01, 2011 1:45 pm by j.a.w

» Tim Nas Ciawi City (Orang-orang buangan)
Kisah Siti Fatimah r.a EmptyFri Feb 05, 2010 8:56 pm by goes3

» ADMIN ADEN13 DI PECAT
Kisah Siti Fatimah r.a EmptyMon Sep 28, 2009 2:31 pm by indonesia.45

» CHAMPIONS LEAGUE
Kisah Siti Fatimah r.a EmptySun Sep 27, 2009 9:15 am by goes3

» Promosiin Dunk
Kisah Siti Fatimah r.a EmptySun Sep 27, 2009 5:50 am by goes3

» Lapto Panas Bahayaaaaa
Kisah Siti Fatimah r.a EmptySun Sep 27, 2009 3:54 am by goes3

» Awas Anti virus Palsu
Kisah Siti Fatimah r.a EmptySun Sep 27, 2009 3:52 am by goes3

» salam kenal
Kisah Siti Fatimah r.a EmptyThu Sep 24, 2009 8:30 am by embejawa

Statistics
Total 36 user terdaftar
User terdaftar terakhir adalah nealauda

Total 317 kiriman artikel dari user in 150 subjects
User Yang Sedang Online
Total 3 uses online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 3 Tamu

Tidak ada

[ View the whole list ]


User online terbanyak adalah 28 pada Tue Dec 17, 2013 9:04 pm
Login

Lupa password?


Kisah Siti Fatimah r.a

3 posters

Go down

Kisah Siti Fatimah r.a Empty Kisah Siti Fatimah r.a

Post by lalay Mon Sep 21, 2009 11:37 am

Kisah Siti Fatimah r.a
Ditulis oleh zatil


Kisah Siti Fatimah r.a

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya,
berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi
oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai,
Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia
dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang
menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang
merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat
dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat
miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih
dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w.
pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada
engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada
dia."(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti
Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan
kata- kata atau sikap . Sentiasa senyum menyambut
kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan
mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada
Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan
dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk
isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.
Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus
menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling
tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air
berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan
kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila
Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing
lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur
. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil
itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai
perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati
puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum
dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala
menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau
tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya
anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan
menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda,
kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku
menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.
Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke
dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu
dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat
gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua
gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak
ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w.
menghentikannya.
Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai
Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi
emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di
akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa
kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan
pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan
sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa
kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca
'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu
Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca
'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga
puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua
kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna
meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah
buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

(dipetik dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1834)
lalay
lalay
new_member
new_member

Jumlah posting : 25
Join date : 07.09.09
Age : 37
Lokasi : papua merdeka

Kembali Ke Atas Go down

Kisah Siti Fatimah r.a Empty Re: Kisah Siti Fatimah r.a

Post by goes3 Tue Sep 22, 2009 3:13 am

huuu sediiihhhhhhhhhhhhhhhh huuu
inem kurang lancar baca streez
goes3
goes3
.
.

Jumlah posting : 92
Join date : 26.08.09
Age : 34
Lokasi : Alcatraz

https://ciawicity.indonesianforum.net

Kembali Ke Atas Go down

Kisah Siti Fatimah r.a Empty Re: Kisah Siti Fatimah r.a

Post by indonesia.45 Tue Sep 22, 2009 7:39 am

gagagak gak lulus SD yaaa hahaha waduh
indonesia.45
indonesia.45
new_member
new_member

Jumlah posting : 37
Join date : 05.09.09
Age : 78
Lokasi : CIPANAS PUNCAK

https://www.facebook.com/profile.php?id=1187423951&ref=profile

Kembali Ke Atas Go down

Kisah Siti Fatimah r.a Empty Re: Kisah Siti Fatimah r.a

Post by Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik